Wednesday, 5 October 2011

Apa itu Senibina ?



                Senibina biasanya dibayangkan (direka) dan dilahirkan (didirikan) sebagai balasan terhadap sekumpulan keadaan yang sedia ada. Keadaan ini mungkin bersifat fungsi semata-mata, ataupun mungkin membayangkan maksud sosial, ekonomi, politik bahkan khayalan atau lambang dalam keadaan yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun perlulah diandaikan bahawa sekumpulan keadaan sedia ada, yakni masalahnya, tidak begitu memuaskan dan suatu keadaan baru, iaitu penyelesaian diperlukan. Oleh itu, perbuatan mencipta seni bina merupakan proses menyelesaikan masalah ataupun merekabentuk.

                Proses rekabentuk ialah mengakui keadaan yang bermasalah itu dan keputusan mencari penyelesaiannya dalam erti kata rekabentuk merupakan perbuatan yang disengajakan, iaitu usaha yang bertujuan.

                Seni juga adalah menyelesaikan masalah yang tidak dapat dirumuskan sebelum masalah ini diselesaikan dan cara membentuk persoalannya merupakan sebahagian dari jawapannya. Penyelesaian masalah itu adalah bertujuan memperkayakan perbendaharaan rekabentuk melalui penerokaan, pengkajian dan penggunaan.

                Sebagai suatu kesenian, seni bina adalah lebih daripada semata-mata memuaskan kehendak penggunaan (fungsi) sesuatu program binaan. Pada dasarnya menifestasi fizik senibina disesuaikan dengan kegiatan manusia. Walaubagaimanapun, susunan dan organisasi unsur bentuk dan ruang akan menentukan bagaimana senibina mungkin memajukan usaha, mencuba mendapat balasan dan menyampaikan maksud.

Dari segi senibina, penyelesaian sesuatu masalah boleh diselesaikan berdasarkan fungsi, tujuan dan konteks.


No comments:

Post a Comment