Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu.
- Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh jadi suatu snapshot.
- Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik.
- Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan karakter seseorang.
- Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk mengambil gambar portrait dengan baik.
- Model terbaik adalah diri sendiri.
Kesesuaian Lensa
- Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof.
- Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai.
- Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik.
- Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih asli dan selesa.
- Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga.
- Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted.
Komposisi portrait
- Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan hidung tidak memotong facial line.
- Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest.
- Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame.
- Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik. Avoid merging.
Portrait Berkumpulan
- Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third.
Macro
- Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar.
Landskap
- Merakam gambar pemandangan dan persekitaran.
Kanak-kanak
- Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas.
Sport
- Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak digunakan.
Candid
- Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.
sumber : adhadimohd