Monday, 3 October 2011

Kepelbagaian Senibina Perlis


NEGERI PERLIS merupakan sebuah negeri yang sungguh kaya dengan kebudayaan tradisional. Menurut sejarah, negeri yang 'Permai Lagi Indah' ini amat bertuah kerana penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisionalnya dipelopori oleh dua orang raja yang begitu berminat dengan kesenian. Berbagai aspek kesenian berkembang dan tersebar luas dari istana hingga ke desa-desa hasil kreatif para aktivis budaya. 

               Perkataan architecture berasal daripada bahasa latin dan greek iaitu architecture dan arshufektari yang membawa maksud tukang atau chief craftman. Secara umumnya ia membawa maksud seni bina merupakan bagunan yang dicorak oleh seseorang  yang mahir dalam selok belok pembinaan dan pertukangan.



                  Muzium kota kayang telah dibinakan berdasarkan seni bina rumah melayu. Apa yang dapat dihuraikan di sini ialah bentuk muzium ini. Bentuk asas muzium ini ialah hasil gabungan bentuk rumah orang melayu nergeri 9 iaitu minang kabau dan rumah tiang dua belas yang berasal daripada Kelantan. Bentuk muzium yang panjang meyerupai rumah tiang dua belas dan pintu besar di kedudukan tengah rumah menyerupai rumah minangkabau. Muzium ini menggunakan atap genting sebagai bumbung. Bentuk bumbung ini berdasarkan rumah melayu tradisi bumbung panjang yang berasal dari johor. Kemudian, bentuk bumbung ini di lengkapi lagi dengan bentuk lebar layar yang berukiran cahaya matahari. Selain berfungsi sebagai penutup hujung ril atap untuk mengelakkan angin mengopak atap ia juga berfungsi sebagai hiasan. Susunan kayu yang disusun dianggap sebagai pancaran matahari yang sedang memancar dan menjadikan rumah iti lebih cantik dan berseri. Muzium ini dihiasi lagi dengan hiasan andam-andam pada bahagian cucur atap. 

                   Pada zaman dahulu ia merupakan lambang iman. Bagaimanapun itu hanyalah budaya masayrakat pada zaman tersebut. Pada hari ini, ia lebih kepada hiasan untuk mencantikkan rumah. Bagi reka bentuk tangga muzium pula lebih kepada tangga batu bagi rumah melayu Melaka. Bentuknya tirus atau meruncing pada bahagaian atas dan bahagian bawah dibiarkan secara melebar. Kelaianannya hanyalah pada warna. Bagi tangga batu rumah Melaka akan di cat dengan warna warni tetapi muzium ini hanya mengenakan satu warna sahaja supaya ia kelihatan lebih formal.



                Reka bentuk bagunan ini menyerupai bagunan tinggalan para penjajah. Bentuknya lebih hampir dengan  bentuk bank pertama yang terdapat di Malaysia. Bank tersebut telah dibina oleh penjajah belanda di Melaka untuk menguruskan kewangan Tanah Melayu. Jika dilihat secara kasar bentuk bangunan ini tidak menunjukkan ciri-ciri bagunan tradisional ataupun ciri-ciri bagunan lama. Bahkan yang kelihatan adalah konsep bangunan moden yang dibawa oleh penjajah ke Tanah Melayu. Bagi bentuk atap pula ia dibina hanya mengunakan atapgenting dan meletakkan kubah bagi simbol keislaman disitu. Bentuk kubah yang digunakan adalah bentuk kubah parsi. Gabungan ini menjadikan bagunan ini kelihatan menarik dan dapat menarik perhatian pencinta rekabentuk bangunan untuk menkaji dan menjadikan bagunan ini pencentus kepada idea-idea baru untuk mereka bangunan lain.



                 Bangunan seterusnya adalah taman budaya di perlis. Sesiapa yang melalui taman ini semestinya akan tertarik dengan seni reka ini. Bangunan  banyak terdapat unsur-unsur islam. Yang paling jelas ialah terdapat kubah pada bumbung bangunan tersebut. Kubah yang digunakan jelas menunjukkan ianya seni reka unsur keislaman. Dan jenis kubah yang digunakan adalah jenis aluminium. Jenis ini sedikit panjang dan runcing ke atas bentuknya. Bentuk begini tampak cantik dan sesuai dengan hadirnya empat tiang utama bagunan tersebut. Selain itu, unsur seni dalam islam menekankan corak dan bentuk flora dan fauna. Sekiranya kite perhatikan dengan halus,corak ukiran yang terdapat pada bahagian atas bangunan ini adalah bermotifkan bunga-bungaan dan daun-daunan. Manakala empat tiang utama bangunan ini menyerupai akar-akar pokok besar di dalam hutan.