Wednesday, 5 October 2011

Gaya-gaya senibina

Gaya seni bina Cina
  • Merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad. Prinsip-prinsip seni binaCina telah kekal secara besarnya tidak berubah, perubahan utama hanya pada perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun.
  • Gaya seni bina China adalah setua tamadun China. Dari setiap sumber maklumat - sastera, grafik, teladan - adanya bukti kuat menyaksikan pada nyatanya bahawa orang China telah sentiasa menggunakan sistem asli pada pembinaan yang telah mengekalkan ciri-ciri prinsip dari zaman prasejarah ke hari kini. Ke atas kawasan yang besar dari Turkistan China ke Jepun, dari Manchuria ke bahagian utara Indochina Perancis, sistem pembinaan yang sama tersebar; dan ini adalah kawasan pengaruh budaya China. Bahawa sistem ini pada pembinaan dapat sendiri hidup lamanya untuk lebih daripada empat ribu tahun ke atas suatu wilayah yang sangat besar dan masih kekal sebagai sebuah gaya seni bina hidup, mengekalkan ciri-ciri utamanya pada masa serangan asing yang berulangan - tentera, intelektual, dan rohaniah - adalah suatu fenomena yang cuma dapat dibandingkan dengan kelanjutan tamadun yang mana ia adalah suatu bahagian yang penting.
  • Rencana berikut memberikan penjelasan ringkas mengenai seni bina Cina tradisi, sebelum pengenalan kaedah binaan Barat semasa awal abad ke-20. Sepanjang abad ke-20, bagaimanapun, arkitek Cina yang dilatih cara Barat telah cuba menggabungkan reka bentuk Cina tradisi dengan bangunan moden (biasanya kerajaan), dengan hanya kejayaan terhad. Tambahan lagi, tekanan bagi pembangunan bandar seluruh China semasa memerlukan pembinaan pantas dan bandingan keluasan lantai lebih tinggi, yang bererti bahawa permintaan bandar besar bagi seni bina Cina, yang biasanya kurang dari 3 tingkat, telah berkurangan digantikan dengan seni bina moden. Bagaimanapun, kemahiran tradisi jurubina Cina, termasuk tukang kayu, juru batu, dan batu bata sering digunakan bagi pembinaan seni bina vernakular di kawasan pendalaman yang luas di China. 

Seni bina Islam

Gaya seni bina India
  • Berakar pada sejarah, budaya dan agamanya. Gaya seni bina India berkembang dengan masa dan mengasimilasikan banyak pengaruh yang datang disebabkan syarahan global India dengan rantau-rantau lain di dunia melalui masa silam tua milenianya. Kaedah gaya seni bina diamalkan di India adalah suatu sebab pemeriksaan dan implementasi tradisi bangunan dan interaksi budaya di luar.
  • Walaupun tua, tradisi Timur ini telah menginkoporasikan nilai-nilai moden dengan India menjadi sebuah negara moden. Pembaharuan ekonomi 1991 menyokong melanjutkan gaya seni bina India dengan negara ini menjadi lebih berintegrasi dengan ekonomi dunia. Vastu Shastratradisional menjadi berpengaruh pada gaya seni bina India sewaktu era sezaman.

Apa itu Senibina ?



                Senibina biasanya dibayangkan (direka) dan dilahirkan (didirikan) sebagai balasan terhadap sekumpulan keadaan yang sedia ada. Keadaan ini mungkin bersifat fungsi semata-mata, ataupun mungkin membayangkan maksud sosial, ekonomi, politik bahkan khayalan atau lambang dalam keadaan yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun perlulah diandaikan bahawa sekumpulan keadaan sedia ada, yakni masalahnya, tidak begitu memuaskan dan suatu keadaan baru, iaitu penyelesaian diperlukan. Oleh itu, perbuatan mencipta seni bina merupakan proses menyelesaikan masalah ataupun merekabentuk.

                Proses rekabentuk ialah mengakui keadaan yang bermasalah itu dan keputusan mencari penyelesaiannya dalam erti kata rekabentuk merupakan perbuatan yang disengajakan, iaitu usaha yang bertujuan.

                Seni juga adalah menyelesaikan masalah yang tidak dapat dirumuskan sebelum masalah ini diselesaikan dan cara membentuk persoalannya merupakan sebahagian dari jawapannya. Penyelesaian masalah itu adalah bertujuan memperkayakan perbendaharaan rekabentuk melalui penerokaan, pengkajian dan penggunaan.

                Sebagai suatu kesenian, seni bina adalah lebih daripada semata-mata memuaskan kehendak penggunaan (fungsi) sesuatu program binaan. Pada dasarnya menifestasi fizik senibina disesuaikan dengan kegiatan manusia. Walaubagaimanapun, susunan dan organisasi unsur bentuk dan ruang akan menentukan bagaimana senibina mungkin memajukan usaha, mencuba mendapat balasan dan menyampaikan maksud.

Dari segi senibina, penyelesaian sesuatu masalah boleh diselesaikan berdasarkan fungsi, tujuan dan konteks.


Monday, 3 October 2011

Kepelbagaian Senibina Perlis


NEGERI PERLIS merupakan sebuah negeri yang sungguh kaya dengan kebudayaan tradisional. Menurut sejarah, negeri yang 'Permai Lagi Indah' ini amat bertuah kerana penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisionalnya dipelopori oleh dua orang raja yang begitu berminat dengan kesenian. Berbagai aspek kesenian berkembang dan tersebar luas dari istana hingga ke desa-desa hasil kreatif para aktivis budaya. 

               Perkataan architecture berasal daripada bahasa latin dan greek iaitu architecture dan arshufektari yang membawa maksud tukang atau chief craftman. Secara umumnya ia membawa maksud seni bina merupakan bagunan yang dicorak oleh seseorang  yang mahir dalam selok belok pembinaan dan pertukangan.



                  Muzium kota kayang telah dibinakan berdasarkan seni bina rumah melayu. Apa yang dapat dihuraikan di sini ialah bentuk muzium ini. Bentuk asas muzium ini ialah hasil gabungan bentuk rumah orang melayu nergeri 9 iaitu minang kabau dan rumah tiang dua belas yang berasal daripada Kelantan. Bentuk muzium yang panjang meyerupai rumah tiang dua belas dan pintu besar di kedudukan tengah rumah menyerupai rumah minangkabau. Muzium ini menggunakan atap genting sebagai bumbung. Bentuk bumbung ini berdasarkan rumah melayu tradisi bumbung panjang yang berasal dari johor. Kemudian, bentuk bumbung ini di lengkapi lagi dengan bentuk lebar layar yang berukiran cahaya matahari. Selain berfungsi sebagai penutup hujung ril atap untuk mengelakkan angin mengopak atap ia juga berfungsi sebagai hiasan. Susunan kayu yang disusun dianggap sebagai pancaran matahari yang sedang memancar dan menjadikan rumah iti lebih cantik dan berseri. Muzium ini dihiasi lagi dengan hiasan andam-andam pada bahagian cucur atap. 

                   Pada zaman dahulu ia merupakan lambang iman. Bagaimanapun itu hanyalah budaya masayrakat pada zaman tersebut. Pada hari ini, ia lebih kepada hiasan untuk mencantikkan rumah. Bagi reka bentuk tangga muzium pula lebih kepada tangga batu bagi rumah melayu Melaka. Bentuknya tirus atau meruncing pada bahagaian atas dan bahagian bawah dibiarkan secara melebar. Kelaianannya hanyalah pada warna. Bagi tangga batu rumah Melaka akan di cat dengan warna warni tetapi muzium ini hanya mengenakan satu warna sahaja supaya ia kelihatan lebih formal.



                Reka bentuk bagunan ini menyerupai bagunan tinggalan para penjajah. Bentuknya lebih hampir dengan  bentuk bank pertama yang terdapat di Malaysia. Bank tersebut telah dibina oleh penjajah belanda di Melaka untuk menguruskan kewangan Tanah Melayu. Jika dilihat secara kasar bentuk bangunan ini tidak menunjukkan ciri-ciri bagunan tradisional ataupun ciri-ciri bagunan lama. Bahkan yang kelihatan adalah konsep bangunan moden yang dibawa oleh penjajah ke Tanah Melayu. Bagi bentuk atap pula ia dibina hanya mengunakan atapgenting dan meletakkan kubah bagi simbol keislaman disitu. Bentuk kubah yang digunakan adalah bentuk kubah parsi. Gabungan ini menjadikan bagunan ini kelihatan menarik dan dapat menarik perhatian pencinta rekabentuk bangunan untuk menkaji dan menjadikan bagunan ini pencentus kepada idea-idea baru untuk mereka bangunan lain.



                 Bangunan seterusnya adalah taman budaya di perlis. Sesiapa yang melalui taman ini semestinya akan tertarik dengan seni reka ini. Bangunan  banyak terdapat unsur-unsur islam. Yang paling jelas ialah terdapat kubah pada bumbung bangunan tersebut. Kubah yang digunakan jelas menunjukkan ianya seni reka unsur keislaman. Dan jenis kubah yang digunakan adalah jenis aluminium. Jenis ini sedikit panjang dan runcing ke atas bentuknya. Bentuk begini tampak cantik dan sesuai dengan hadirnya empat tiang utama bagunan tersebut. Selain itu, unsur seni dalam islam menekankan corak dan bentuk flora dan fauna. Sekiranya kite perhatikan dengan halus,corak ukiran yang terdapat pada bahagian atas bangunan ini adalah bermotifkan bunga-bungaan dan daun-daunan. Manakala empat tiang utama bangunan ini menyerupai akar-akar pokok besar di dalam hutan.