Wednesday, 5 October 2011

Gaya-gaya senibina

Gaya seni bina Cina
  • Merujuk kepada suatu gaya seni bina yang telah dibentukkan di Asia untuk beberapa abad. Prinsip-prinsip seni binaCina telah kekal secara besarnya tidak berubah, perubahan utama hanya pada perincian berhiasan. Sejak Dinasti Tang, seni bina China telah mempunyai pengaruh besar ke atas gaya seni bina Korea, Vietnam dan Jepun.
  • Gaya seni bina China adalah setua tamadun China. Dari setiap sumber maklumat - sastera, grafik, teladan - adanya bukti kuat menyaksikan pada nyatanya bahawa orang China telah sentiasa menggunakan sistem asli pada pembinaan yang telah mengekalkan ciri-ciri prinsip dari zaman prasejarah ke hari kini. Ke atas kawasan yang besar dari Turkistan China ke Jepun, dari Manchuria ke bahagian utara Indochina Perancis, sistem pembinaan yang sama tersebar; dan ini adalah kawasan pengaruh budaya China. Bahawa sistem ini pada pembinaan dapat sendiri hidup lamanya untuk lebih daripada empat ribu tahun ke atas suatu wilayah yang sangat besar dan masih kekal sebagai sebuah gaya seni bina hidup, mengekalkan ciri-ciri utamanya pada masa serangan asing yang berulangan - tentera, intelektual, dan rohaniah - adalah suatu fenomena yang cuma dapat dibandingkan dengan kelanjutan tamadun yang mana ia adalah suatu bahagian yang penting.
  • Rencana berikut memberikan penjelasan ringkas mengenai seni bina Cina tradisi, sebelum pengenalan kaedah binaan Barat semasa awal abad ke-20. Sepanjang abad ke-20, bagaimanapun, arkitek Cina yang dilatih cara Barat telah cuba menggabungkan reka bentuk Cina tradisi dengan bangunan moden (biasanya kerajaan), dengan hanya kejayaan terhad. Tambahan lagi, tekanan bagi pembangunan bandar seluruh China semasa memerlukan pembinaan pantas dan bandingan keluasan lantai lebih tinggi, yang bererti bahawa permintaan bandar besar bagi seni bina Cina, yang biasanya kurang dari 3 tingkat, telah berkurangan digantikan dengan seni bina moden. Bagaimanapun, kemahiran tradisi jurubina Cina, termasuk tukang kayu, juru batu, dan batu bata sering digunakan bagi pembinaan seni bina vernakular di kawasan pendalaman yang luas di China. 

Seni bina Islam

Gaya seni bina India
  • Berakar pada sejarah, budaya dan agamanya. Gaya seni bina India berkembang dengan masa dan mengasimilasikan banyak pengaruh yang datang disebabkan syarahan global India dengan rantau-rantau lain di dunia melalui masa silam tua milenianya. Kaedah gaya seni bina diamalkan di India adalah suatu sebab pemeriksaan dan implementasi tradisi bangunan dan interaksi budaya di luar.
  • Walaupun tua, tradisi Timur ini telah menginkoporasikan nilai-nilai moden dengan India menjadi sebuah negara moden. Pembaharuan ekonomi 1991 menyokong melanjutkan gaya seni bina India dengan negara ini menjadi lebih berintegrasi dengan ekonomi dunia. Vastu Shastratradisional menjadi berpengaruh pada gaya seni bina India sewaktu era sezaman.

Apa itu Senibina ?



                Senibina biasanya dibayangkan (direka) dan dilahirkan (didirikan) sebagai balasan terhadap sekumpulan keadaan yang sedia ada. Keadaan ini mungkin bersifat fungsi semata-mata, ataupun mungkin membayangkan maksud sosial, ekonomi, politik bahkan khayalan atau lambang dalam keadaan yang berbeza-beza. Walaubagaimanapun perlulah diandaikan bahawa sekumpulan keadaan sedia ada, yakni masalahnya, tidak begitu memuaskan dan suatu keadaan baru, iaitu penyelesaian diperlukan. Oleh itu, perbuatan mencipta seni bina merupakan proses menyelesaikan masalah ataupun merekabentuk.

                Proses rekabentuk ialah mengakui keadaan yang bermasalah itu dan keputusan mencari penyelesaiannya dalam erti kata rekabentuk merupakan perbuatan yang disengajakan, iaitu usaha yang bertujuan.

                Seni juga adalah menyelesaikan masalah yang tidak dapat dirumuskan sebelum masalah ini diselesaikan dan cara membentuk persoalannya merupakan sebahagian dari jawapannya. Penyelesaian masalah itu adalah bertujuan memperkayakan perbendaharaan rekabentuk melalui penerokaan, pengkajian dan penggunaan.

                Sebagai suatu kesenian, seni bina adalah lebih daripada semata-mata memuaskan kehendak penggunaan (fungsi) sesuatu program binaan. Pada dasarnya menifestasi fizik senibina disesuaikan dengan kegiatan manusia. Walaubagaimanapun, susunan dan organisasi unsur bentuk dan ruang akan menentukan bagaimana senibina mungkin memajukan usaha, mencuba mendapat balasan dan menyampaikan maksud.

Dari segi senibina, penyelesaian sesuatu masalah boleh diselesaikan berdasarkan fungsi, tujuan dan konteks.


Monday, 3 October 2011

Kepelbagaian Senibina Perlis


NEGERI PERLIS merupakan sebuah negeri yang sungguh kaya dengan kebudayaan tradisional. Menurut sejarah, negeri yang 'Permai Lagi Indah' ini amat bertuah kerana penyebaran dan perkembangan kebudayaan tradisionalnya dipelopori oleh dua orang raja yang begitu berminat dengan kesenian. Berbagai aspek kesenian berkembang dan tersebar luas dari istana hingga ke desa-desa hasil kreatif para aktivis budaya. 

               Perkataan architecture berasal daripada bahasa latin dan greek iaitu architecture dan arshufektari yang membawa maksud tukang atau chief craftman. Secara umumnya ia membawa maksud seni bina merupakan bagunan yang dicorak oleh seseorang  yang mahir dalam selok belok pembinaan dan pertukangan.



                  Muzium kota kayang telah dibinakan berdasarkan seni bina rumah melayu. Apa yang dapat dihuraikan di sini ialah bentuk muzium ini. Bentuk asas muzium ini ialah hasil gabungan bentuk rumah orang melayu nergeri 9 iaitu minang kabau dan rumah tiang dua belas yang berasal daripada Kelantan. Bentuk muzium yang panjang meyerupai rumah tiang dua belas dan pintu besar di kedudukan tengah rumah menyerupai rumah minangkabau. Muzium ini menggunakan atap genting sebagai bumbung. Bentuk bumbung ini berdasarkan rumah melayu tradisi bumbung panjang yang berasal dari johor. Kemudian, bentuk bumbung ini di lengkapi lagi dengan bentuk lebar layar yang berukiran cahaya matahari. Selain berfungsi sebagai penutup hujung ril atap untuk mengelakkan angin mengopak atap ia juga berfungsi sebagai hiasan. Susunan kayu yang disusun dianggap sebagai pancaran matahari yang sedang memancar dan menjadikan rumah iti lebih cantik dan berseri. Muzium ini dihiasi lagi dengan hiasan andam-andam pada bahagian cucur atap. 

                   Pada zaman dahulu ia merupakan lambang iman. Bagaimanapun itu hanyalah budaya masayrakat pada zaman tersebut. Pada hari ini, ia lebih kepada hiasan untuk mencantikkan rumah. Bagi reka bentuk tangga muzium pula lebih kepada tangga batu bagi rumah melayu Melaka. Bentuknya tirus atau meruncing pada bahagaian atas dan bahagian bawah dibiarkan secara melebar. Kelaianannya hanyalah pada warna. Bagi tangga batu rumah Melaka akan di cat dengan warna warni tetapi muzium ini hanya mengenakan satu warna sahaja supaya ia kelihatan lebih formal.



                Reka bentuk bagunan ini menyerupai bagunan tinggalan para penjajah. Bentuknya lebih hampir dengan  bentuk bank pertama yang terdapat di Malaysia. Bank tersebut telah dibina oleh penjajah belanda di Melaka untuk menguruskan kewangan Tanah Melayu. Jika dilihat secara kasar bentuk bangunan ini tidak menunjukkan ciri-ciri bagunan tradisional ataupun ciri-ciri bagunan lama. Bahkan yang kelihatan adalah konsep bangunan moden yang dibawa oleh penjajah ke Tanah Melayu. Bagi bentuk atap pula ia dibina hanya mengunakan atapgenting dan meletakkan kubah bagi simbol keislaman disitu. Bentuk kubah yang digunakan adalah bentuk kubah parsi. Gabungan ini menjadikan bagunan ini kelihatan menarik dan dapat menarik perhatian pencinta rekabentuk bangunan untuk menkaji dan menjadikan bagunan ini pencentus kepada idea-idea baru untuk mereka bangunan lain.



                 Bangunan seterusnya adalah taman budaya di perlis. Sesiapa yang melalui taman ini semestinya akan tertarik dengan seni reka ini. Bangunan  banyak terdapat unsur-unsur islam. Yang paling jelas ialah terdapat kubah pada bumbung bangunan tersebut. Kubah yang digunakan jelas menunjukkan ianya seni reka unsur keislaman. Dan jenis kubah yang digunakan adalah jenis aluminium. Jenis ini sedikit panjang dan runcing ke atas bentuknya. Bentuk begini tampak cantik dan sesuai dengan hadirnya empat tiang utama bagunan tersebut. Selain itu, unsur seni dalam islam menekankan corak dan bentuk flora dan fauna. Sekiranya kite perhatikan dengan halus,corak ukiran yang terdapat pada bahagian atas bangunan ini adalah bermotifkan bunga-bungaan dan daun-daunan. Manakala empat tiang utama bangunan ini menyerupai akar-akar pokok besar di dalam hutan.






Sunday, 25 September 2011

Teknik-Teknik Fotografi

Portrait
Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu.
  • Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh jadi suatu snapshot.
  • Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik.
  • Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan karakter seseorang.
  • Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk mengambil gambar portrait dengan baik.
  • Model terbaik adalah diri sendiri.


Kesesuaian Lensa
  • Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof.
  • Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai.
  • Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik.
  • Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih asli dan selesa.
  • Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga.
  • Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted.

Komposisi portrait
  • Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan hidung tidak memotong facial line.
  • Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest.
  • Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame.
  • Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik. Avoid merging.

Portrait Berkumpulan
  • Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third.

Macro
  • Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar.

Landskap
  • Merakam gambar pemandangan dan persekitaran.

Kanak-kanak
  • Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas.

Sport
  • Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak digunakan.

Candid
  • Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.

sumber : adhadimohd



Penggunaan Flash


Antara teknik-teknik penggunaan flash :

  1. Auto flash
  2. Fill flash
  3. Red Eye flash
  4. Slow-sync flash
  5. Rear curtain flash



sumber : adhadimohd

Kualiti dan Format Gambar

Resolusi Gambar
  • Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan.
  • Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar.
  • Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat.
  • Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch.
  • Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar.

Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan :

Saiz cetakan - Pixel* - Megapixel

3R – 31/2 x 5 in                                  700x1000                           <1
4R – 4x6 in                                         800x1200                             1
5R – 5x7                                            1000x1400                          1.5
8R - 8x10                                           1600x2000                          3.2
11R - 11x14                                       2200x2800                           6


Compression
  • Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di dalam format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera, pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti HIGH, FINE, NORMAL, BASIC.
  • Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambar berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak’.
  • Format Fail Gambar kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail
    • JPEG - Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di hantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card.
    • TIFF Tagged Image File Format - Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya. Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak
    • RAW Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction. Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing. Laman

 sumber : adhadimohd


Fokus


Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidak berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antara perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah:

  1. Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara terbaik.
  2. tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan.
  3. Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens.
  4. Terlalu dekat. Gunakan close up filter.
  5. Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus


sumber : adhadimohd

White Balance

  • Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadi kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan.
  • Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white balance kurang menjadi masalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak sebarang rujukan, anda boleh menukar white balance secara manual.
Color Temperature - Light Source 

1000‐2000 K --------------Cahaya Lilin
2500‐3500 K --------------Lampu Tungsten
3000‐4000 K --------------Sunrise/Sunset
4000‐5000 K --------------Lampu Fluorescent
5000‐5500 K --------------Flash
5000‐6500 K --------------Tengahhari dengan langit tidak berawan (matahari tegak dikepala)
6500‐8000 K --------------Sedikit mendung
9000‐10000 K -------------Dibawah lindungan atau sangat mendung

sumber : adhadimohd

Friday, 23 September 2011

Dedahan / Exposure

Definisi 

Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO.


Kelajuan Shutter
  • Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop).
  • Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur). 
  • Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. 
  • Shutter yang di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. 
  • Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. 
  • Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar.
  • Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.


Aperture
  • Aperture adalah “pintu” yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital. “Pintu” yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.
  • Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil.
  • Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu cadangan bukan kemestian.
  • Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait.
  • Aperture dikenali sebagai f-number.
  • Aperture mengikut julat bukaan 1-stop
f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32


Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum
  • Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka.
  • Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh:
  • Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4.
  • Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.

ISO
  • ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.
  • ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details.
  • Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.
  • Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur.
  • Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja.
  • ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) :
ISO - Kesesuaian - Hasil

100-200
  • Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio.
  • Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.
400
  • Waktu mendung, dibawah litupan.
  • Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima
800
  • Waktu di dalam rumah
  • Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.
1600
  • Waktu malam dan kurang bercahaya
  • Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar.
3200-6400
  • Waktu yang gelap dan tidak bercahaya.
  • Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.

Depth Of Field
  • Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.
  • DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture.

Jenis Dedahan (Exposure Modes)
  1. Programmed AutoExposure - Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil. Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas.
  2. Semi Programmed AutoExposure - Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure. Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan.
  3. Manual Exposure - Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.

METERING
  • Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev) .
  • Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering..
  • Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder.
  • Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala.
  • Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder.
  • Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.

Panduan Sunny 16
  • Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter.
  • Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO.

Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain

Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan

Tahap Cahaya - Cara mengetahui = Bukaan Aperture
  • Sedikit mendung - Ada bayang-bayang dan bucunya lembut = f11
  • Mendung biasa - Masih ada bayang-bayang tetapi agak samar dan bucu hampir sangat lembut. = f8
  • Sangat mendung - Tiada bayang-bayang = F5.6

Tip-tip untuk mengawal Exposure
  • Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja.
  • Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose.
  • Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette.
  • Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject.
  • Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna’ dari segi exposure. Jurugambar yang baik mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.

sumber : adhadimohd


Peralatan Fotografi Digital


Kategori Kamera Digital SLR :
  1. Pro
  2. Semi pro
  3. Prosumer
  4. Hobyist
Format-format Sensor Kamera DSLR :
  • Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai factor lain.
  • Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya.
  • Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi.


Full frame

Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:

  • Nikon D3
  • Canon 1Ds
  • Canon 1Ds Mark II
  • 1Ds Mark III
  • Canon EOS 5D
  • Contax N Digital
  • Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n


Cropped format

Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame.

  • APS-C - Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon.
  • Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis:
    • Canon EF, EFS
    • Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N
  • Sistem Four Third

Lensa

Jenis-jenis Lensa
  • Terdapat 4 jenis lens.
    • Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8.
    • Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar.
    • Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism.
    • Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh. Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8
    • Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm
    • Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.
Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh
Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar.

Panjang fokal dan perspektif.

Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, maka gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length yang satu lagi.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak lebih ke belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza.


Kad Memori
  • Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital.
  • Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.
  • Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro.
  • Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst.
  • Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja.

sumber : adhadimohd



Pengenalan Asas Fotografi Digital


Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:

  1. Komposisi Asas - Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.
  2. Pemilihan lensa - Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.
  3. Penggunaan ISO - ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600. ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.
  4. Teknik Digital Darkroom - Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.
  5. Retouching - Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.
  6. Gambar Hitam Putih / Monochrome - Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital.
  7. Filters - Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air. Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro.
  8. Focal Length / Bukaan pandangan - Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm.
  9. Perisian pengurusan Imej (workflow) - Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.
sumber : adhadimohd

Wednesday, 21 September 2011

Our Short Trip.

Gambar-gambar yang kami ambil semasa kami menjelajahi bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar kawasan Kota Kayang, Kuala Perlis dan Kangar.

Muzium Kota Kayang, Kota Kayang.

Pandangan sisi Muzium Kota Kayang.

Bangunan Bahagian Kebudayaan dan Salasilah Kerajaan Negeri.

Tugu Besi Dirgahayu Tuanku di hadapan
bangunan Dewan Undangan Negeri Perlis.

Bangunan Dewan Undangan Negeri Perlis.

Tugu di Taman Rekreasi Gua Cenderawasih.


Project Based Learning EDU 3105

Kami pelajar ambilan Januari 2010 sedang menjalani semester yang ke-4 dalam kursus penuh 5 tahun setengah Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Bagi semester ini, kami dikehendaki memenuhi tugasan Project Based Learning bagi subjek EDU 3105 iaitu Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oleh itu, blog ini dihasilkan adalah untuk memenuhi salah satu daripada kriteria yang dikehendaki dalam pelaksanaan PBL ini. Segala kandungan yang terdapat di dalam blog ini adalah hasil usaha kami sendiri yang terdiri daripada 4 orang ahli dalam satu kumpulan.